Monday, March 19, 2007

Percutian sekolah di bulan Mac

Pada hari cuti sekolah bulan Mac, Saya dan keluarga saya pergi ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Kami berancang untuk pergi ke pusat membeli belah Megamall yang terletak di kawasan Kuala Lumpur Tersebut.Di pusat membeli-belah Megamall, terdapat banyak kedai seperti kedai roti,kedai accesori,kedai buku,tempat permainan dan berbagai lagi kedai yang terletak di pusat membeli-belah tersebut.Saya dan keluarga saya berancang untuk makan pizza di kedai makan pizza hut kerana di kedai makanan pizza hut tersebut, terdapat variasi makanan dan harganya pula, begitu murah, sekurang-kurangnya setengah harga di Singapura.Selepas makan, kami mula membeli belah di situ dan selepas beberapa jam membeli-belah, kami pun pulang ke Singapura.Hari itu memang hari yang menarik dalam hidup saya....

No comments: