Tuesday, April 28, 2009

Muhamad Farhan Shuib
Tampines st22
#04-392
Singapore 345392

22/4/2009

Pengurus
SISTIC Corporataion
Ophir road blk B2
#08-384
Singapore 256384

Tuan,

Perkara: Perkhidmatan Yang Kurang Memuaskan


Merujuk perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang sikap pekerja dan perkhidmatan yang kurang memuaskan. Saya amat kecewa dengan tingkah laku pekerja tuan dan sikapnya terhadap saya.Minggu yang lalu, saya telah menempah dua tiket untuk persembahan David Archuletta yang akan datang pada minggu hadapan melalui internet.

Saya pergi ke kaunter Sistic yang terdekat untuk mengambil tempahan tiket-tiket tersebut.Pekerja di situ amat kurang memuaskan kerana mereka hanya membuat bodoh apabila saya sedang menanya soalan untuk dapatkan tiket-tiket saya. Dia juga memberi wajah yang marah dan berbisik kepada dirinya bahawa saya tidak boleh bersabar. Dia lalu marah dengan saya dan mula menaikan suaranya kepada saya kerana saya telah terlupa untuk membawa dokument nombor pas untuk dapatkan tiket itu. Kemudian dia menyuruh saya untuk mengambil dokument dan juga untuk dapatkan nombor pas yang diberikan.

Saya amat kecewa dengan sikap pekerja tuan terhadap saya. Dia sepatutnya mengatasi situasi ini dengan cara yang profesional. Saya harap tuan akan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya orang lain tidak akan terlibat dalam situasi seperti gini. Terima kasih.

Yang benar,

Farhan

No comments: